Pages

Friday, August 28, 2009

as a journalist student...

Keprihatinan Siswi USIM
Oleh : Filzah Nawar
NILAI – Seekor ibu kucing cemas apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam longkang berhampiran dengan Foyer Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan kira-kira jam 5.50 petang , Isnin lalu.
Situasi ini mendapat perhatian daripada dua orang siswi yang kebetulan melalui laluan itu. tanpa berlengah, mereka secara spontan cuba menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang yang berkeadaan air yang semakin naik akibat hujan.
Menurut saksi kejadian, Nur Sabila Mohamed Ali, 23, pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, “saya berasa cemas dan berdebar disebabkan saya tidak boleh melihat kejadian sebegitu. Walau apapun yang terjadi, saya tetap menolong ibu kucing tersebut untuk mendapatkan anaknya.
Bukan sahaja manusia yang memerlukan bantuan, malah binatang juga memerlukannya walaupun binatang tidak boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Percubaan pertama dan kedua ibu kucing untuk menyelamatkan anaknya itu tidak mendatangkan hasil sehingga ibu kucing itu berputus asa.
“Jika dilihat keadaan tersebut, saya turut simpati dan kasihan terhadap ibu kucing itu kerana telah berapa kali mencubanya tetapi tidak berhasil lalu saya bersama Nur Sabila berusaha sedaya upaya mengambil keluar anak kucing itu. Kucing juga berhak untuk hidup,” kata Siti Khuzaimah Kamar, 23, pelajar Tahun 3 FPBU juga saksi kejadian.#end#

2 comments:

ena said...

gud gurls....
syabas bete....

fieyza said...

xiexie ni wo de pengyou...