Pages

Thursday, January 21, 2010

pergimu tiada pengganti....

Tanggal 19 Jan 2010(Isnin), aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang mengatakan insan yang bernama MOHD. YUSRI LAKAT @ YUSRI disahkan telah meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang....
Tapi sebelum aku menerima panggilan itu, aku menerima 1 SMS yang mengesahkan beliau telah meninggal dunia...selepas aku mendapat panggilan tersebut, aku menghubungi kawanku di kampung...betapa sedihnya bila orang yang dekat ngan kami telah pergi buat selama-lamanya.kami sebagai kawannya sangat terasa dengan kehilangannya yang secara tiba2...

sekarang aku n kawan2 yang lain masih teringat kenangan bersama arwah semasa hayatnya. dialah yang suka mengiburkan kami even dia sakit...ketiadaannya memberikan impak pada kami yang masih tinggal di muka bumi ini....

tetapi kami kena redha dengan kehendak-Nya...kerana Dia lebih menyayangi arwah....

semoga arwah ditempatkan ditempat orang2 yang beriman dan beramal soleh....

AL-Fatihah.....

Monday, December 21, 2009

why me?????

i'm not understand when someone asked me about wearing scarf@jilbab...
he said " why you are not wearing big scarf even you are student of islamic institution?" i replied "why? am i wrong when i wear it? and i dont want to be hypocrite in mylife"...

Monday, November 16, 2009

04112009....

041109….
Hari ni genap lah 2 bulan pemergian atuk Hj Tahir bin Jaafar…sedih sgt bila teringat saat-saat arwah menghembuskan nafas yang terakhir..ditambah pula aku di tepi arwah tersebut…sebak sangat tapi aku redha ngan kehendak-Nya..betul sangat kak jimah gtau aku, kita sayang dia tapi ALLAH lagi sayang arwah tersebut…so, aku kena redha semua ini…
Bila diingat kembali detik-detik arwah masih bersama keluarga, teringat cara arwah melayan anak-anak dan cucunya yang banyak kerenah yang pelbagai….
Terasa sedih apabila tiba di hospital dengan melihat keadaan arwah sebegitu rupa, aku tidak mampu untuk menahan dariada ianya jatuh ke bumi… pada masa itu ada anak-anaknya yang setia menjaga arwah dan kami yang belajar di bumi orang lain juga balik untuk melihat dan menjaga arwah jika itu adalah saat-saat terakhir arwah hidup di muka bumi ini…
Dengan saiz aku yang sebegini apa kudratku, hanya bacaan Yaasin yang tidak putus-putus dari bacaanku diikiuti sepupuku dan adikku juga…sedih sangat bila melihat keadaan tersebut…yang lain beranggapan yang arwah akan bertahan sehingga raya tahun ni 20 sept 2009, tapi itu semuanya kehendak-Nya…tapi aku macam terasa yang ada sesuatu yang akan berlaku…dan ianya benar belaka…bahawa arwah semasa itu terlantar di atas katil hospital, dan dengan bermonolog dalaman aku berdoa, bahawa jika begini dugaan arwah untuk meneruskan hidupnya, aku redha ALLAH mengambilnya kerana aku tidak sanggup melihat keadaan arwah pada masa itu…..sedih dan mengalir lagi air mata ku…semua yang ada di sana mengalirkan air mata…
Doktor yang merawat arwah selama ini memberitahu bahawa sebaiknya bawa balik arwah tersebut kerana mereka tidak boleh berbuat apa…kami akur dan membawa arwah pulang..bertambah sedih bila tiada kemudahan kereta ambulans untuk menghantar pesakit balik kerumah…hampa sangat dengan fasiliti sebegitu…
Alhamdulillah Sampai sahaja di rumah, arwah masih berkeadaan sebegitu dan terus diletak di ruang tamu…ada yang datang menziarahi…dan bacaan Yaasin juga tidak lekang dari sesiapa yang datang berkunjung…sampai di rumah pada masa itu masih bulan Ramadhan Al-Mubarak. Setibanya adik aku Mirza dari sekolah agama, dia meluru untuk mendapatkan arwah tersebut kerana dia rapat sangat dengan arwah tersebut. Sekembalinya dari sekolah agama, nampak ceria sahaja, dan diingatnya sekembalinya arwah atuk ke rumah dengan sihat, tapi bila Mirza nampak arah terbaring di tilam di ruang tamu, dia yang hanya menahan air mata daripada jatuh tidak tertahan dan akhirnya dia menangis dan lari mendapatkan aku…aku berusaha menenangkan dia… dia sedih sangat dan kehadiran kami yang belajar di bumi orang ini tiada sambutan yang selalu bila kami balik untuk cuti semester atau cuti raya…
Malam silih berganti, aku menjaga arwah gak, selepas itu, ada sepupu yang lain menjaga juga..kami bersilih ganti untuk menjaga arwah,…badan yang penat dari atas kapal terbang tidak lagi terpeduli kerana ingatan ingin menjaga arwah buat kali terakhir…tetapi apabila jam hampir 11 malam, aku terlena sebentar sehingga aku dikejutkan oleh adik sepupuku…
Masa inilah waktu genting yang mana aku menyaksikan arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Pada mulanya aku pegang tangan arwah, sejuk sangat tapi aku berfikiran bahawa arwah kesejukan kerana kipas dihala kepada arwah. Tapi aku tidak merasakan arwah kesejukan tapi mungkin itu sisa-sisa terakhir arwah…maka semua ahli keluarga bangun dari tidur dan berkumpul di ruang tamu dan terus membacakan bacaan Yaasin kepada arwah… saat aku berada di tepi arwah sebelum nafas terakhirnya, arwah sempat membuka matanya dan melihat sekeliling dan aku terkejut apabila arwah membuka matanya. Tapi masa itu tangan arwah menjadi sejuk secara beransur-ansur… pada masa itu, mak cik dan ayah aku pula memanggil-manggil nama “bapa” tetapi apabila ayahku memulakan kalimah لا إله إلاالله محمد الرسول الله” mudah sangat arwah menuturkannya… dan setelah ayahku memanggil “bapa” tiada nafas dan nadi yang bergerak..dan bapa aku pun menggelengkan kepala dan mak cik aku yang di tepi menutup mata arwah tersebut… semasa arwah telah pergi meninggalkan kami semua, kami redha dan tangisan daripada semua ahli keluarga berkurang kerana pada awalnya lagi kami sudah bersedia untuk kemungkinan ini akan terjadi…kami menitiskan air mata hanya pada yang perlu…
Arwah atuk Hj Tahir bin Jaafar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 2-20 pagi 04 september 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430 H. Al-Fatihah….

Wednesday, September 23, 2009

raya kali ni...

raya kali ni, 200909 adalah hari keramat seorg insan yang terlalu disyangi oleh pencipta-Nya...
pada hari tersebut mengikut no kad pengenalannya, aku baru tahu dia lahir pada hari itu selepas tarikh aku besday....
selepas sembahyang raya, semua ahli keluarga berkumpul dan bersalaman n bermaafan antara satu sama lain....aku tiba2 sebak melihat keadaa yang dulunya ceria berubah menjadi kurang ceria disebabkan hilangnya pertama dalam keluarga ku, atok telah pergi pd 040909 bersamaan hari jumaat d bulan ramadhan...
itu lah kali pertama kami dalam keluarga besar berhari raya tanpa kehadiran atok...sedih gak masa tu..selepas menjamah makanan n minuman, kami segera ke tanah perkuburan untuk menziarahi dan mensedekahkan apa2 yang atut diberi sebagai anak2 n cucunya...
semoga arwah atok n makcik tergolong dalam golongan hamba yang beriman dan beramal soleh...amin....

Friday, September 11, 2009

tak sangka...

betu apa yang ku rasa sebelum ni, seperti ada sahaja yang tidak kena n mesti da something yang akan berlaku....
satu hari tu, aku terima mesej yang bertanyakan aku exam bila...jadi aku segera menaip lama lagi..mungkin hujung bulan oktober....tapi aku tak sangak pa yang akan d taip oleh gerangan tersebut...aku terkejut apabila ku baca mesej tersebut, aku menjadi sebak dan merasa sesuatu jatuh ke atas ku...aku hanya bermonon agar sempat berjumpa ngan atok aku yang berkeadaan stroke sblh kiri pada masa itu....

Wednesday, September 2, 2009

kenapa?

bila diingat kembali, ada saja yang tak kena...seperti ada sesuatu yang akan berlaku, tapi aku tidak tahu samada baik atau pun buruk...harap2 baik lah hendaknya....

Friday, August 28, 2009

Bahasa Ketiga, Wajar

Oleh Filzah Nawar

Di era globalisasi ini, adalah wajar bagi mahasiswa atau graduan mempunyai pengetahuan dalam berbahasa bukan sahaja dari segi penulisan malah dalam berkomunikasi juga perlu. Tidak kira bahasa itu adalah bahasa asing bagi individu itu untuk menuturkannya malah bila dipelajari ianya adalah menyeronokkan sekaligus menambah ilmu selain daripada subjek-subjek yang dipelajari pada setiap semester.
Tambahan pula, mempunyai banyak bahasa tidaklah merugikan bagi setiap individu kerana apabila melangkah ke dunia pekerjaan, banyak premis yang mensyaratkan bahawa mempunyai bahasa selain bahasa Inggeris dan Malaysia juga dititikberatkan. Maka di sinilah peluang individu yang mempunyai multi bahasa adalah cerah berbanding individu lain yang hanya mempunyai kepakaran dalam dua bahasa sahaja.
Menurut Patma Muri, 21, pelajar Tahun Dua Fakulti Quran dan Sunnah adalah wajar bahasa ketiga ini dipeljari kerana ianya akan memudahkan untuk berkomunikasi. Contohnya di suatu tempat yang mempunyai ramai kunjungan pelancong asing, pada masa yang sama pelancong itu tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia, maka beliau boleh berkomunikasi dengan individu yang mahir dalam menterjemah bahasa tersebut.
Mahamad Fadzil Maszuki, 22, pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata “bahasa ketiga ini adalah wajar kerana ianya memberi lebih peluang daripada individu yang lain. Saya seronok mempelajari bahasa asing ini kerana saya boleh menambah ilmu saya”.
Dalam kesibukan mengatur jadual dan menghadiri kuliah, timbul satu persoalan yang perlu mendapatkan jawapan daripada pihak yang terlibat. Isu bahasa ketiga selain bahasa Arab dan Inggeris diwajibkan di universiti ini, pernah dipersoalkan apabila tamat peringkat yang ketiga, para pelajar mula melupakan apa-apa yang telah dipelajari semasa berada di peringkat pertama,kedua dan ketiga.
Jika diingat kembali banyak istilah, frasa dan perkataan yang telah dipelajari tetapi memandangkan kesibukan dan jumlah kredit yang banyak, tanpa disedari frasa dan perkataan itu mula dilupai.
Menurut Ryn, 24, beliau telah banyak lupa perkataan bahasa Mandarin yang telah dipelajarinya kerana kesibukkannya walaupun telah mempelajarinya ketiga-tiga peringkat.
Malah, bahasa ketiga ini merupakan beban kepada individu yang merasakan ianya terpaksa diambil untuk memenuhi jam kredit pada semester tersebut.