Pages

Monday, December 21, 2009

why me?????

i'm not understand when someone asked me about wearing scarf@jilbab...
he said " why you are not wearing big scarf even you are student of islamic institution?" i replied "why? am i wrong when i wear it? and i dont want to be hypocrite in mylife"...

Monday, November 16, 2009

04112009....

041109….
Hari ni genap lah 2 bulan pemergian atuk Hj Tahir bin Jaafar…sedih sgt bila teringat saat-saat arwah menghembuskan nafas yang terakhir..ditambah pula aku di tepi arwah tersebut…sebak sangat tapi aku redha ngan kehendak-Nya..betul sangat kak jimah gtau aku, kita sayang dia tapi ALLAH lagi sayang arwah tersebut…so, aku kena redha semua ini…
Bila diingat kembali detik-detik arwah masih bersama keluarga, teringat cara arwah melayan anak-anak dan cucunya yang banyak kerenah yang pelbagai….
Terasa sedih apabila tiba di hospital dengan melihat keadaan arwah sebegitu rupa, aku tidak mampu untuk menahan dariada ianya jatuh ke bumi… pada masa itu ada anak-anaknya yang setia menjaga arwah dan kami yang belajar di bumi orang lain juga balik untuk melihat dan menjaga arwah jika itu adalah saat-saat terakhir arwah hidup di muka bumi ini…
Dengan saiz aku yang sebegini apa kudratku, hanya bacaan Yaasin yang tidak putus-putus dari bacaanku diikiuti sepupuku dan adikku juga…sedih sangat bila melihat keadaan tersebut…yang lain beranggapan yang arwah akan bertahan sehingga raya tahun ni 20 sept 2009, tapi itu semuanya kehendak-Nya…tapi aku macam terasa yang ada sesuatu yang akan berlaku…dan ianya benar belaka…bahawa arwah semasa itu terlantar di atas katil hospital, dan dengan bermonolog dalaman aku berdoa, bahawa jika begini dugaan arwah untuk meneruskan hidupnya, aku redha ALLAH mengambilnya kerana aku tidak sanggup melihat keadaan arwah pada masa itu…..sedih dan mengalir lagi air mata ku…semua yang ada di sana mengalirkan air mata…
Doktor yang merawat arwah selama ini memberitahu bahawa sebaiknya bawa balik arwah tersebut kerana mereka tidak boleh berbuat apa…kami akur dan membawa arwah pulang..bertambah sedih bila tiada kemudahan kereta ambulans untuk menghantar pesakit balik kerumah…hampa sangat dengan fasiliti sebegitu…
Alhamdulillah Sampai sahaja di rumah, arwah masih berkeadaan sebegitu dan terus diletak di ruang tamu…ada yang datang menziarahi…dan bacaan Yaasin juga tidak lekang dari sesiapa yang datang berkunjung…sampai di rumah pada masa itu masih bulan Ramadhan Al-Mubarak. Setibanya adik aku Mirza dari sekolah agama, dia meluru untuk mendapatkan arwah tersebut kerana dia rapat sangat dengan arwah tersebut. Sekembalinya dari sekolah agama, nampak ceria sahaja, dan diingatnya sekembalinya arwah atuk ke rumah dengan sihat, tapi bila Mirza nampak arah terbaring di tilam di ruang tamu, dia yang hanya menahan air mata daripada jatuh tidak tertahan dan akhirnya dia menangis dan lari mendapatkan aku…aku berusaha menenangkan dia… dia sedih sangat dan kehadiran kami yang belajar di bumi orang ini tiada sambutan yang selalu bila kami balik untuk cuti semester atau cuti raya…
Malam silih berganti, aku menjaga arwah gak, selepas itu, ada sepupu yang lain menjaga juga..kami bersilih ganti untuk menjaga arwah,…badan yang penat dari atas kapal terbang tidak lagi terpeduli kerana ingatan ingin menjaga arwah buat kali terakhir…tetapi apabila jam hampir 11 malam, aku terlena sebentar sehingga aku dikejutkan oleh adik sepupuku…
Masa inilah waktu genting yang mana aku menyaksikan arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Pada mulanya aku pegang tangan arwah, sejuk sangat tapi aku berfikiran bahawa arwah kesejukan kerana kipas dihala kepada arwah. Tapi aku tidak merasakan arwah kesejukan tapi mungkin itu sisa-sisa terakhir arwah…maka semua ahli keluarga bangun dari tidur dan berkumpul di ruang tamu dan terus membacakan bacaan Yaasin kepada arwah… saat aku berada di tepi arwah sebelum nafas terakhirnya, arwah sempat membuka matanya dan melihat sekeliling dan aku terkejut apabila arwah membuka matanya. Tapi masa itu tangan arwah menjadi sejuk secara beransur-ansur… pada masa itu, mak cik dan ayah aku pula memanggil-manggil nama “bapa” tetapi apabila ayahku memulakan kalimah لا إله إلاالله محمد الرسول الله” mudah sangat arwah menuturkannya… dan setelah ayahku memanggil “bapa” tiada nafas dan nadi yang bergerak..dan bapa aku pun menggelengkan kepala dan mak cik aku yang di tepi menutup mata arwah tersebut… semasa arwah telah pergi meninggalkan kami semua, kami redha dan tangisan daripada semua ahli keluarga berkurang kerana pada awalnya lagi kami sudah bersedia untuk kemungkinan ini akan terjadi…kami menitiskan air mata hanya pada yang perlu…
Arwah atuk Hj Tahir bin Jaafar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 2-20 pagi 04 september 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430 H. Al-Fatihah….

Wednesday, September 23, 2009

raya kali ni...

raya kali ni, 200909 adalah hari keramat seorg insan yang terlalu disyangi oleh pencipta-Nya...
pada hari tersebut mengikut no kad pengenalannya, aku baru tahu dia lahir pada hari itu selepas tarikh aku besday....
selepas sembahyang raya, semua ahli keluarga berkumpul dan bersalaman n bermaafan antara satu sama lain....aku tiba2 sebak melihat keadaa yang dulunya ceria berubah menjadi kurang ceria disebabkan hilangnya pertama dalam keluarga ku, atok telah pergi pd 040909 bersamaan hari jumaat d bulan ramadhan...
itu lah kali pertama kami dalam keluarga besar berhari raya tanpa kehadiran atok...sedih gak masa tu..selepas menjamah makanan n minuman, kami segera ke tanah perkuburan untuk menziarahi dan mensedekahkan apa2 yang atut diberi sebagai anak2 n cucunya...
semoga arwah atok n makcik tergolong dalam golongan hamba yang beriman dan beramal soleh...amin....

Friday, September 11, 2009

tak sangka...

betu apa yang ku rasa sebelum ni, seperti ada sahaja yang tidak kena n mesti da something yang akan berlaku....
satu hari tu, aku terima mesej yang bertanyakan aku exam bila...jadi aku segera menaip lama lagi..mungkin hujung bulan oktober....tapi aku tak sangak pa yang akan d taip oleh gerangan tersebut...aku terkejut apabila ku baca mesej tersebut, aku menjadi sebak dan merasa sesuatu jatuh ke atas ku...aku hanya bermonon agar sempat berjumpa ngan atok aku yang berkeadaan stroke sblh kiri pada masa itu....

Wednesday, September 2, 2009

kenapa?

bila diingat kembali, ada saja yang tak kena...seperti ada sesuatu yang akan berlaku, tapi aku tidak tahu samada baik atau pun buruk...harap2 baik lah hendaknya....

Friday, August 28, 2009

Bahasa Ketiga, Wajar

Oleh Filzah Nawar

Di era globalisasi ini, adalah wajar bagi mahasiswa atau graduan mempunyai pengetahuan dalam berbahasa bukan sahaja dari segi penulisan malah dalam berkomunikasi juga perlu. Tidak kira bahasa itu adalah bahasa asing bagi individu itu untuk menuturkannya malah bila dipelajari ianya adalah menyeronokkan sekaligus menambah ilmu selain daripada subjek-subjek yang dipelajari pada setiap semester.
Tambahan pula, mempunyai banyak bahasa tidaklah merugikan bagi setiap individu kerana apabila melangkah ke dunia pekerjaan, banyak premis yang mensyaratkan bahawa mempunyai bahasa selain bahasa Inggeris dan Malaysia juga dititikberatkan. Maka di sinilah peluang individu yang mempunyai multi bahasa adalah cerah berbanding individu lain yang hanya mempunyai kepakaran dalam dua bahasa sahaja.
Menurut Patma Muri, 21, pelajar Tahun Dua Fakulti Quran dan Sunnah adalah wajar bahasa ketiga ini dipeljari kerana ianya akan memudahkan untuk berkomunikasi. Contohnya di suatu tempat yang mempunyai ramai kunjungan pelancong asing, pada masa yang sama pelancong itu tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia, maka beliau boleh berkomunikasi dengan individu yang mahir dalam menterjemah bahasa tersebut.
Mahamad Fadzil Maszuki, 22, pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata “bahasa ketiga ini adalah wajar kerana ianya memberi lebih peluang daripada individu yang lain. Saya seronok mempelajari bahasa asing ini kerana saya boleh menambah ilmu saya”.
Dalam kesibukan mengatur jadual dan menghadiri kuliah, timbul satu persoalan yang perlu mendapatkan jawapan daripada pihak yang terlibat. Isu bahasa ketiga selain bahasa Arab dan Inggeris diwajibkan di universiti ini, pernah dipersoalkan apabila tamat peringkat yang ketiga, para pelajar mula melupakan apa-apa yang telah dipelajari semasa berada di peringkat pertama,kedua dan ketiga.
Jika diingat kembali banyak istilah, frasa dan perkataan yang telah dipelajari tetapi memandangkan kesibukan dan jumlah kredit yang banyak, tanpa disedari frasa dan perkataan itu mula dilupai.
Menurut Ryn, 24, beliau telah banyak lupa perkataan bahasa Mandarin yang telah dipelajarinya kerana kesibukkannya walaupun telah mempelajarinya ketiga-tiga peringkat.
Malah, bahasa ketiga ini merupakan beban kepada individu yang merasakan ianya terpaksa diambil untuk memenuhi jam kredit pada semester tersebut.

as a journalist student...

Keprihatinan Siswi USIM
Oleh : Filzah Nawar
NILAI – Seekor ibu kucing cemas apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam longkang berhampiran dengan Foyer Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan kira-kira jam 5.50 petang , Isnin lalu.
Situasi ini mendapat perhatian daripada dua orang siswi yang kebetulan melalui laluan itu. tanpa berlengah, mereka secara spontan cuba menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang yang berkeadaan air yang semakin naik akibat hujan.
Menurut saksi kejadian, Nur Sabila Mohamed Ali, 23, pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, “saya berasa cemas dan berdebar disebabkan saya tidak boleh melihat kejadian sebegitu. Walau apapun yang terjadi, saya tetap menolong ibu kucing tersebut untuk mendapatkan anaknya.
Bukan sahaja manusia yang memerlukan bantuan, malah binatang juga memerlukannya walaupun binatang tidak boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Percubaan pertama dan kedua ibu kucing untuk menyelamatkan anaknya itu tidak mendatangkan hasil sehingga ibu kucing itu berputus asa.
“Jika dilihat keadaan tersebut, saya turut simpati dan kasihan terhadap ibu kucing itu kerana telah berapa kali mencubanya tetapi tidak berhasil lalu saya bersama Nur Sabila berusaha sedaya upaya mengambil keluar anak kucing itu. Kucing juga berhak untuk hidup,” kata Siti Khuzaimah Kamar, 23, pelajar Tahun 3 FPBU juga saksi kejadian.#end#

Monday, August 10, 2009

love for whom?

if we talk about LOVE, anybody can give thier opinion even in right way or instead.
some people said that Love is Everything and we must have it....
actually, who know's that for whom that LOVE? in my opinion, LOVE for ALLAH...it's important because that is the most important point to love someone after our Prophet(p.b.u.h), our Mom and Dad then our family, and ourself...

Thursday, August 6, 2009

sedih....

bila aku mengetahui hal sebenarnya, dan tempatku lah dia mengadu, aku jadi sedih, sering kali dia sedih mengingatkan orang tersebut....nak tegur orang tu, tp mana aku ada kudrat nak wat semua tu?aku bukan lah orang yang banyak pengalaman tentang itu...aku hanya pendengar setia seperti yang dia sedia maklum...kearana sebelum ni, dia yang menjaga aku, dia yang guide aku supaya berhenti untuk itu, biarlah kita hidup dengan diri kita, kerana ALLAH sentiasa bersama-sama umatnya...biar la kita hidup tanpa orang itu, jika orang itu hanya tahu mempermainkan dan memperbodohkan kita..sedang kita baik dan setia menunggu orang itu, orang itu suka hati nak berbuat apa-apa pun sedangkan orang itu tahu bahawa dia tidak suka orang itu berbuat demikian....bila dia mengetahui, dia sering sedih dan sering menitiskan air matanya...sedih bila orang itu berbuat demikian pada dia kerana dia lah tempat aku share semua masalah aku bila aku melangkah ke alam universiti yang banyak cabaran ini....dia lah yang banyak mengajar n menasihatkan aku supaya aku tidak meneruskan hbgn itu apabila dia melihat aku sentiasa sedih dan tiada senyuman hadir di hari-hari yang ku lalui...
i hope that person will recognize what is his/her fault and will not do the same thing to the other people that will life together soon....
and i hope and i wish to dia, dont think anymore and ignore that person, that make u sad always...i'm at your back to support u what u did or what will u do soon.....

Saturday, August 1, 2009

Di Hari Konvo

01082009 adalah hari yang bermakna bagi graduan2 yang telah berjaya menamatkan study mereka d sebuah IPTA d Malaysia....TAHNIAH pada graduan2 ku.....
bila aku masuk dewan konvo tu, aku rasa sebak bila teringatkan ada seniorku yang family dia x dpt dtg dgn sebab2 yang tertentu...n da sorg lagi senior aku baru kehilangan ibunya....then aku sebak bila aku teringatkan diriku yang selalu ambil ringan ngan result aku....aku men2 ja...n lagi satu muet aku x lepas lg untuk grade..tu yg menjadi lg sebak bila aku terkenangkan semua tu...n tanpa disedari air mataku dapat ku kawal dari menitis ke pipi....

Thursday, July 9, 2009

Monday, July 6, 2009

KEMBALI KE SEKOLAH....

01 July 2009 wednesday.....

hari ni, aku ngan ieypa p sekolah lama.. setelah 2 tahun menjejakkan kaki di bumi IPT aku tidak berkesempatan untuk pergi ke sekolah tersebut. apabila cuti yang panjang sahaja peluangku untuk melawat sekolah lamaku... pada masa itu masih waktu pembelajaran, keadaan sekolah sunyi sepi seperti tiada penghuni dan kebetulan pula pada hari itu sekolah menganjurkan BEngkel untuk pelajar2 yang menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM....

aku ngan ieypa hanya menunggu adik2 yang pernah satu bilik ngan kami.... untuk menghilangkan boring, kami pun round sekolah..dari kantin g masjid then g dewan makan....kat dewan makan tu, kami cta2 ngan m.cik2 kat situ...ada yang masih dikenali dan ada yang muka baru bekerja di sana....yang penting still ada Eddy kat situ....

jam menunjukkan jam1 petang...ramai pelajar telah keluar kelas, suasana bertukar dari sunyi sepi menjadi riuh rendah dengan gelagat antara mereka.... aku ngan Ieypa duduk menunggu kat pondok dekat ngan masjid... di sana barulah kami bertemu ngan junior2 sekolah tu...rasa rindu sangat bila melihat mereka ngan kawan2 mereka saling bertukar cerita, seperti aku ngan batchku yang hanya 20 orang satu form...rindu sangat ngan suasana tu tapi apa boleh buat masa sentiasa beredar hanya kenangan yang menjadi penawar duka ketika mengingat kembali zaman persekolahan...

sebelum melangkah pergi dari sekolah tu, kami menunaikan solat zohor...tak sangka bila kami di masjid selepas mengerjakan solat tu, ramai budak yang mengenali aku ngan ieypa cuma kami yang tak ingat nama2 mereka...maklum aje la hanya 1 tahun setengah je kat sekolah tu...tu yang tak ingat sangat nama dorang tapi still ingat muka dorang...

pas solat zohor, aku ngan ieypa p kantin nak belanja dak bilik yang kami rapat....aku sebenarnya menunggu adikku yang lama dah aku tak jumpa...maklum aje lah, klu masuk ipt dan plak tahun satu, memang sibuk sangat...aku mencari-cari adikku...tanpa disedari, rupa-rupanya dia kat belakang kami je....

then,tym tu aku sibuk cta ngan ezzah, dak bilik aku dulu tym kat limauan....aku tau dia d blkg tu, tp kebetulan ada plak ustaz yang pernah mengajar aku, so, tak elok la bila jumpa ngan org tu kan...lg pun aku segan plak bila mau jumpa tu...tp aku rasa kesian bila dia juz kat blkg, tanpa aku tegur dia...

ieypa gtau aku mau balik dah, so aku p keta la...tym tu masih lagi ngan ezzah, terserempak ngan izzud...tu pun jap ja...aku minta tolong ezzah pggl budak tu, tp dia kat area kantin, so aku kena mengalah, aku p lah, lg pun mmg aku mau jumpa dia kan....so, aku p la jumpa dia....tym tu la kami(aku, adik hafiz, ezzud n ezzah) cta2 tp keadaan nda mengizinkan cita panjang, sempat la amik gambar ngan dorg....

adik aku sempat pesan kat aku, "kak, jaga kesihatan"...aku pun reply, jaga kesihatan gak, n stadi rerajin yea.....hanya tu ja yg sempat diucapkan kat sekolah, n sebelum balik p tmpt aku study skrg....tym mau balik tu, ex-roomate aku nda mau lepaskan aku balik ni, bnyk plak hal dorg, da yang amik kad matrik aku, so that i cant enter in my U, then da yang amik my kad, so that i cant pass to enter the airplane at 04th july...erm....

sedih plak bila mau tinggalkan sekolah tu...punya lama aku nda p sekolah tu, hmpr 2 tahun nda p...ada ustaz aku tegur, lama dah tak ke sekolah pas aku habis sekolah(STPM-06).

insyaALLAH, da masa n cuti aku akan datang lagi ke sekolah tu....d sana la aku bnyk pengalaman mana yang pahit n manis.....

adik2 ku, all the best on you examination yea...i know u can do it...

Monday, June 22, 2009

SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya."Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya."Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah."Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?""Entahlah." Jawab Abu Hurairah."Itulah syaitan."

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain."Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya."Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

0 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.4. Orang lelaki yang melarikan diri.5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. · Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. · Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. · Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. · Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. · Kuburnya akan menjadi cukup gelap. · Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. · Allah S.W.T sangat murka kepadanya. · Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

PERTEMUAN YANG TIDAK DIDUGA…

Hari ni Ally ngan Fildz nak p kenduri kawin. Ally hanya menemankan Fildz p kenduri kawin tu. Dr kolej lagi Fildz gtau Ally yang dorang akan turun kat satu stesen, tp Ally endah tak endah je bila Fildz gtau Ally. Sampai je kat stesen tu, Ally just follow Fildz…mungkin kawan kepada Fildz, Fandy dah lama menunggu kehadiran Ally dan Fildz kat stesen tu…
Ally n Fildz menuju ke kereta Fandy apabila Fildz menyedari Fandy berdiri di tepi keretanya sambil melihat mereka berdua. Then, Fildz n Fandy pun bersapa la, coz dorang ni kawan lama sebelum Fildz menyambung pelajarannya di sebuah kolej di kota metropolitan. Ally hanya mendiamkan dirinya disebabkan Ally tidak tahu apa nak dibualkan, maklum je la pertama kali jumpa, so tak nampak taring lagi Ally time tu..Diam seribu bahasa…
Fandy memulakan perjalanan nak menuju ke rumah kawan mereka, Fasha yang mana Fasha akan membina masjid pada hari tersebut. Sepanjang perjalanan tu, Ally hanya mendiamkan diri, naik boring gak dalam kereta tanpa kawan yang boleh bawa bercerita. So, Ally mengeluarkan Sony Ericssonya dan menghantar mesej kepada kawannya. Hilang juga boring Ally daripada diam membatu dalam kereta tu apabila menyedari ada SMS masuk di hpnya. Ally kini berada jauh dari realitinya disebabkan asyik berbalas SMS. Sehingga Fildz tegur pun tak disedarinya, betapa khusyuk dan tawaddu’ Ally melayan SMS tersebut. Ntah apa yang dibualkan Ally pada masa itu dan dengan siapakah dia berSMS. Hanya Ally yang boleh menjawab soalan tersebut.
Sesampai di rumah Fasha, Ally hanya memerhati telatah Fildz dan Fandy. Kadang-kadang sikap mereka berdua tak tumpah macam budak-budak yang masih sekolah. Tersenyum sendiri Ally melihat telatah hanya berdiam diri seharian. Klu kat kampus or kat kuliah, Ally lah yang paling bising, mengalahkan DJ-DJ radio yang ada di Malaysia ni. Ally ni sebenarnya tak senang kalau tak de kawan nak bercerita, moodnya akan berubah-ubah bila dia tinggal seorang diri kat kolej tu. Fildz nak tergelak melihat telatah Ally yang keboringan tu. Sebelum Ally, Fildz n Fandy nak meninggalkan kenduri tu, mereka bertemu ngan Fasha. Ally kembali ke alamnya apabila mereka bertiga asyik bercerita tentang mereka. Ally membuang boringnya dengan memerhati persekitaran yang cantik dan mengasyikkan. Tanpa disedari Fildz n Fandy dah menuju ke kereta dan Ally ditinggalkan di kawasan tu tanpa seorang pun dikenalinya. Apabila menyedari yang dirinya diperhati oleh beberapa pasang anak mata, dia baru perasan Fildz n Fandy telah sampai di parkir kereta Fandy. Mereka berdua hanya melihat telatah Ally yang kelam kabut apabila ramai pengunjung yang memerhatinya, lagi plak apabila Fildz n Fandy mentertawakannya apabila dia kelam kabut mendapatkan mereka berdua.
Sesampai di parkir kereta Fandy, Fildz n Fandy plak mengejek Ally sehinggakan Ally nak mengeluarkan air mata disebabkan terlampau malu dengan orang ramaiyang memerhatinya. Fikiran Ally jadi kelam kabut dan tanpa disedarinya Ally try membuka pintu kereta Fandy tapi dia hairan kenapa pintu kereta itu tak boleh nak buka. Air mata Ally yang berada di kelopak matanya itu bila-bila masa sahaja akan menitis kalau dia tidak boleh mengawal situasi tersebut. Ally malu sekali lagi apabila dia menyedari kereta itu masih berkunci dan pemiliknya hanya memerhati telatah Ally. Terdetik rasa kasihan kepada Ally, Fildz terus menepuk bahu Ally bahawa dia telah diperhati dalam tempoh yang lama.nasib menyebelahi Ally apabila air mata Ally berjaya dikawalnya daripada tumpah di hadapan Fandy yang baru dikenalinya. Ally tidak menyangka yang perkara sebegitu telah berlaku pada dirinya, setahunya di kampus dia selalu membuli kawan-kawannya tapi tidaklah seteruk kes buli yang kita ketahui sebelum ni di dada-dada akhbar dan berita, sekadar hiburan di kelas untuk menghilangkan tekanan apabila berjam-jam menghadap lecturer yang sama. Malu sangat Ally sepanjang hari ini. Tak tahu nak letak mana muka yang setebal 15 inci dengan perbuatan yang telah berlaku pada dirinya.

Hari berganti hari, Ally n Fandy pun berbalas-balas SMS. Ramai pelajar yang kenal Ally dengan sikapnya yang friendly, sehari duk kat kampus klu tak bertambah kenalan, itu bukanlah Ally. Ally suka berkawan dan menambah kawan, tapi Ally silap kali ini. Apabila Fandy memberitahu Ally bahawa dia nak berkawan dan nak kenal lebih rapat ngan Ally. Bukan senang menjadi anak di perantauan untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan orang yang jauh dari kampung halaman, lagi plak Fandy baru sahaja dikenalinya tidak sampai sebulan. Untuk menyelamatkan keadaan, Ally mengambil keputusan untuk memberitahu maknya yang berada jauh dari matanya. Ally bukanlah tidak ada pengalaman dalam bercouple, tapi kali ini ianya serius. Ally masih bergelar penuntut dan dia masih muda untuk melangkah ke dunia tersebut. Ally sebenarnya tidak boleh terlalu berfikir tentang satu hal yang agak rumit, yang menyentuh hati dan perasaannya. Apabila dia duduk bersendirian dia akan berfikir dan fikir tentang hal tersebut. Sehinggakan dia tidak boleh mengawal dirinya, dia menitiskan air matanya. Kalau Ally stress dia tidak akan melakukan perkara lain selain menitiskan air matanya. Hanya cara itu dia boleh menenangkan dirinya dari masalah tersebut. Yang peliknya apabila selesai adegan itu, tidak seorang pun perasan yang Ally telah menangis.
Ally menelefon maknya di kampung dengan berita itu. Ally seakan-akan boleh membaca fikiran maknya bahawa maknya tidak membenarkan mereka menjalinkan hubungan itu. Tambahan pula, Ally masih muda dan masih bergelar penuntut di sebuah ipt di kota metropolitan itu. Setelah menamatkan perbualan dengan maknya, telepon Ally berbunyi dan nama Fandy tertera di skrin telefon. Dengan hati yang serba salah nak menjawab, dia menggagahkan dirinya untuk menjawab. Ntah dari mana kekuatan itu datang untuk menjawab panggilan tersebut.
Ally memberitahu semuanya apa yang dibualkan dengan maknya. Kedengaran suara yang begitu hampa dan kecewa di hujung telinga Ally. Ally meminta maaf kerana dia tidak boleh menjalinkan hubungan tersebut kerana maknya tidak membenarkan, maka ianya tidak direstui oleh maknya. Talian tersebut diam buat seketika waktu. Setelah Ally meminta maaf, Ally terus memutuskan talian. Ally tidak berdaya untuk memujuk Fandy yang hilang kata, maka dia membuat keputusan untuk memutuskan talian tersebut.

Keputusan Ally memutuskan talian tersebut tidak mengakhiri ukhwah mereka malah semakin rapat. Fandy selalu menasihatkan Ally untuk memujuk maknya supaya difikirkan semula. Tapi, Ally tidak ada keberanian dan keyakinan untuk melakukannya. Sehingga satu hari yang tidak disangka-sangka Ally menerima mesej daripada kawannya, Pretty dan bertanyakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ally daripada pengetahuannya.
Bermula saat itu, Ally menyedari banyak halangan yang timbul apabila jalinan antara Ally dan Fandy diteruskan juga. Akhirnya Ally mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan mula menjauhkan dirinya daripada Fandy. Alhamdulillah, dengan menumpukan segala perhatian dalam kuliahnya dan pelajarannya, Ally tidak lagi tertekan dalam hal tersebut. Ally tidak menyesal mengambil keputusan sebegitu kerana ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku atas dirinya. Kini, Ally meneruskan visi dan misinya semasa dia masih berada di ipt tersebut untuk menuntut ilmu sebanyak mana yang mungkin dan akan menabur bakti pada orang lain yang memerlukan dan demi agama dan negara yang dicintainya.
*************************************TAMAT******************************************

Saturday, June 20, 2009

memori cinta luka...

Memori Cinta Luka
Dalam keheningan malam yang dingin, sedang asyik Emi mendengar lagu Gantung nyanyian Melly Goeslow artis yang berasal dari Indonesia , Emi mengingat kembali kenangan terindah bersama kawan-kawan sekuliahnya. Secara tidak langsung Emi teringat pada memori silam yang amat bermakna buat dirinya sepanjang dia mengenali Syam. Syam seorang lelaki yang diidamkan oleh setiap perempuan di muka bumi ini. Syam seorang yang baik hati, peramah, pemurah dengan senyuman, dan mempunyai paras rupa yang bisa membuatkan perempuan yang berselisih dengannya tidak berkelip sehingga hilang dari pandangan. Syam juga teman sekuliah Emi di salah sebuah institusi pengajian tinggi dekat ibu kota.
*************************************************************************************
Sebelum kuliah pertama bermula, semestinya sesi suai kenal antara satu sama lain menjadi pembuka kata. Bak kata pepatah Melayu “tak kenal, maka tak cinta”. Pelbagai ragam yang dipertontonkan oleh para pelajar, ada yang berwajah gembira, sedih, risau dan takut. Maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke dunia universiti. Ada yang pertama kali berpisah dengan keluarga yang tersayang dan ada yang sudah boleh berdikari sendiri kerana didikan dari sekolah lama mereka sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.
Hari demi hari dewan kuliah yang sunyi itu berubah warna apabila para pelajar sudah boleh berinteraksi antara satu sama lain walaupun mereka berasal dari negeri yang berbeza. Ia bukanlah satu halangan untuk mempereratkan lagi silaturrahim antara mereka.
Tanpa mereka sedari, dalam tempoh sebulan perkuliahan dan perkenalan, hubungan mereka terjalin seperti sebuah keluarga. Mereka belajar dengan tenang dan berwajah gembira dengan kehadiran rakan seperjuangan yang saling membantu antara satu dengan yang lain. Bertambah ceria dewan kuliah dari hari ke hari kerana terdapat pelajar yang mempunyai bakat dalam bidang jenaka. Ada yang ketawa sehingga mengeluarkan airmata dengan lawak yang dilakukan secara spontan oleh rakan mereka.
*************************************************************************************
Dalam tempoh perkenalan yang singkat Emi merasakan persahabatannya dengan Syam agak rapat, seperti lagu yang berasal dari negara jiran iaitu Teman Tapi Mesra nyanyian Ratu. Rakan sekuliah mereka dapat menghidu keadaan ini tetapi apabila mereka bertanya kepada Emi, Emi akan menjawab “kami hanya kawan tak lebih dari itu”. Dan itulah hakikat sebenarnya antara Emi dan Syam.
Rakan yang lain sering terserempak dengan Emi dan Syam bersama. Di mana Emi berada, di situlah adanya Syam. Seperti isi dan kuku persahabatan mereka ini. Apabila Emi tidak faham tentang subjek yang diajar dalam dewan kuliah , Emi akan bertanya kepada Syam kerana Syam adalah antara pelajar yang bijak di dalam dewan kuliah tersebut. Syam akan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan akan memberikan jalan penyelesaian dan jawapan yang terbaik untuk menjawab soalan yang diajukan oleh rakan sekuliahnya.
Sebulan sebelum peperiksaan akhir semester ini, Emi terlalu sibuk dengan persediaan bekalan untuk peperiksaan. Syam juga berkeadaan seperti Emi. Kedua-duanya hendak mendapatkan keputusan yang terbaik untuk semester kali ini. Kebiasaannya, Emi dan Syam saling berbalas pesanan ringkas(sms) selepas habis kuliah setiap hari. Tidak ada perasaan jemu antara mereka berdua untuk berbalas sms. Tetapi, untuk peperiksaan ini mereka harus memfokuskan pada perkara yang paling penting semasa berada di universiti ini.
Sebelum kertas peperiksaan yang terakhir, Emi menerima sms dari Syah, kawan kepada Syam. Dia memberitahu keadaan Syam pada waktu itu yang Syam tidak boleh menumpukan perhatiannya untuk mengulangkaji. Syah menasihatkan Emi supaya memberikan semangat dan motivasi kepada Syam. Emi terlalu hairan kerana kenapa dirinya terlibat dalam keadaan situasi ini sedangkan Emi belum terlalu banyak belajar untuk kertas peperiksaan yang akan diduduki pada esok hari. Emi tidak boleh mengawal emosinya sehingga dia menitiskan air mata.
Emi tidak faham langsung dengan situasi yang baru sahaja dia terima. Emi memberitahu situasi tersebut kepada kawan serumahnya, Nur. Emi bertanya kepada Nur “Nur, kenapa Emi terlibat sama dengan situasi ini? Emi tak habis ulangkaji lagi.” Nur menasihatkan Emi untuk menenangkan diri. Dalam masa yang sama Emi menghantar mesej kepada Adam, kawan senegeri Emi. Dalam mesej itu Emi memberitahu Adam tentang situasi yang dialaminya. Secara tidak disangka-sangka telefon bimbit Emi berdering menandakan ada panggilan masuk dan apabila dilihat di skrin telefonnya nama Adam tertulis tetapi Emi tidak menjawab panggilan tersebut kerana Emi masih menitiskan air matanya. Emi tidak faham kenapa dirinya terlibat sama sedangkan ramai lagi kawan-kawan sekuliahnya yang boleh membantu Syam dalam hal tersebut. Banyak nasihat Nur berikan pada Emi, dan Emi boleh menerima nasihat Nur tersebut dan keadaan telah berubah seperti kehidupan sehariannya.
Di hari terakhir peperiksaan mereka, Emi sempat mengerling Syam dan Emi berasa sangat sakit hati dengan perbuatan Syam dan Syah yang melibatkan dirinya dengan situasi tersebut. Hendak saja Emi marah terhadap Syam kerana Syam berwajah slumber. Emi terfikir seperti dia ditertawakan oleh Syam dan Syah. Emi hanya membiarkan situasi itu, dia berfikiran mesti Syam akan sms Emi untuk menerangkan hal sebenar. Hari yang ditunggu tidak juga tiba sehinggakan Emi menhantar pesanan ringkas kepada Syam dan mengataka “Syam, kenapa Syah mesej Emi disaat kertas peperiksaan akhir, dan pada masa itu Emi tak banyak study lagi.” Tidak lama selepas itu, Syam membalas pesanan ringkas tersebut “Syam tak tahu kenapa Syah mesej Emi pada masa itu. Buat pengetahuan Emi malam itu Syam tak boleh nak tumpu study sebab dah lama Emi tak mesej Syam. Selama ni Emi rajin mesej Syam tapi bila minggu peperiksaan sedang berjalan, Emi tak peduli Syam walau sesaat pun. Terasa jalinan persahabatan kita ini terputus ditengah jalan. Apakah Syam telah salah dan silap dalam menuturkan kata-kata Syam tehadap Emi selama ini?”
Emi bertambah hairan dengan situasi tersebut, tambahan pula Emi adalah seorang gadis kampung. Untuk memahamkan kebingungan yang bersarang di fikiran Emi, Emi berjumpa Nur untuk menerangkan segala. Setelah Nur menjelaskannya, barulah Emi faham kenapa dua jejaka tersebut menghantar mesej sebegitu rupa kepadanya. Setelah faham, Emi terus mencapai telefon bimbit Nokia 3310 untuk membalas mesej yang diterima dari Syam. “Syam, Emi minta maaf andai mesej kali ini akan membuatkan Syam ingin menjauhkan diri daripada Emi, tapi Emi mesti berterus-terang kepada Syam. Seperti orang lain, tujuan utama kita menjejakkan kaki ke universiti adalah belajar dan menumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Emi harap kita masih seperti dulu, seperti hari-hari yang telah berlalu. Kita masih boleh bertukar-tukar pendapat dan Syam boleh tunjuk ajar Emi dalam subjek yang Emi tak faham. Boleh kan?” Mesej yang dihantar tidak berbalas.
Emi mulai risau dengan apa yang telah ditulisnya dalam mesej pada hari itu. Syam tidak menghubungi langsung Emi sejak dari hari itu. Semasa di dewan kuliah, kawan sekuliah berasa hairan dengan kelakuan mereka berdua yang dahulunya rapat bak isi dan kuku tetapi hari ini kami seperti tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Tiba-tiba Fiza, teman rapat Emi di dewan kuliah itu bertanya kepada Emi, “Emi boleh aku tanya satu perkara?” Emi hanya mengangguk tanda setuju. “Aku tengok kau dan Syam dah tak seperti dulu, what happened? Have anyone say something that makes both of you couldn’t talk like before?” Panjang dan detail sangat pertanyaan Fiza kepada Emi. Emi berfikir sejenak untuk menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Syam sebenarnya.
“Fiza, kau kan tahu yang kita kat sini punya matlamat yang jelas iaitu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. Takde orang pun yang terlibat dalam hal aku nie. Cuma aku tak nak orang beranggapan yang aku dan Syam adalah pasangan kekasih. Kami hanya kawan sekuliah dan kawan yang boleh berkongsi ilmu.” Keterangan yang dikeluarkan dari bibir Emi menyukarkan Fiza untuk memahami apa yang telah Emi katakan sebentar tadi. “Aku tak fahamlah Emi, boleh tak kau terangkan aku dengan mudah?” Emi pun mencerita kepada Fiza, dan Emi harap Fiza faham pada kali ini. “Fiza, sebelum paper last exam hari tu, Syah ada sms aku dan meminta aku bagi nasihat dan motivasi kepada Syam kerana pada masa itu Syam tak leh nak focus pada studynya. Aku jadi hairan sebab ramai lagi kawan-kawan yang lebih baik dari aku dan lebih layak untuk memberikan nasihat pada Syam. Kenapa aku juga yang dicari?” Fiza sangat faham apa yang sebenarnya yang telah berlaku. Sebagai seorang teman rapat, dia telah memberikan nasihat kepada Emi. Kata-kata Emi itu mempunyai kesahihan yang tidak boleh dihalang lagi.
Selesainya semester kedua, Emi dan Syam kembali seperti dahulu. Mereka saling berkongsi ilmu dan saling bertukar pendapat. Selepas habis kuliah di kampus, mereka saling bersms. Hanya mereka sahaja yang tahu tahap persahabatan mereka. Kawan sekuliah tidak tahu tentang mereka yang telah kembali seperti dahulu. Jika Emi mengalami masalah, dia akan mengadu kepada Syam dan Syam bersungguh-sungguh memberi sokongan kepadanya. Apabila Emi berasa tidak senang dengan kehadiran kawan-kawan sekuliah yang suka menyakat mereka berdua, dia akan mengadu kepada Syam. Syam juga adalah pendengar yang setia dan layak digelar sebagai penasihat.
Semakin hari semakin rapat hubungan mereka, dan pada masa yang sama Emi merasakan terdapat kelainan antara persahabatan mereka. Jika Emi tidak bersms dengan Syam, dia merasakan hari-harinya tidak seperti hari-hari yang lain. Dia merasakan satu kehilangan yang telah melanda dirinya. Syam mulai gembira dengan kehadiran Emi buat kali kedua selepas Emi berterus terang terhadapnya sebelum ini. ketika Emi menghantar sms itu, selama itulah Syam kehilangan seyumannya yang manis, dan saling bad mood di dewan kuliah mahupun apabila berselisihan di kampus.
Hubungan yang mereka rahsiakan dari kawan-kawan sekuliahnya telah terbongkar apabila Mieyza terserempak Emi dan Syam keluar makan di sebuah restoran. Pada ketika itu, Emi dan Syam tidak menyedari kehadirannya yang memungkinkan keadaan mereka akan menjadi kontroversi di dewan kuliahnya pada keesokkan harinya.
Apabila bas berhenti, Emi pun turun dari bas tersebut dan pada masa yang sama kebetulan Syam pun baru sahaja sampai dari kolej. Hendak sahaja Emi menegur Syam, tetapi mungkin perbuatannya untuk berbuat demikian akan memalukannya di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Emi hanya meneruskan perjalannya tanpa mempedulikan orang sekeliling. Tiba-tiba langkah Emi terhenti apabila suara yang amat kukenali itu memanggil namaku. Aku mencari dari arah mana suara itu. tanpa tidak disangka, Syam telah berada tepat di hadapan mataku. Nasib baik ada buku yang aku bawa ditangan, kalau tidak, hendak saja bertemu muka aku dan Syam. Emi berkata dalam hati “Apa yang Syam buat pada aku hari ni? Kenapa dia berbuat demikian?” Nasib baik para pelajar yang lain tidak sibuk di laluan tersebut, maka selamatlah mereka. Aku sempat megerling Syam sebelum aku meneruskan langkahku, Syam tersenyum apabila aku menjadi kalut bila berhadapan dengannya. Syam juga meneruskan langkahnya untuk sampai ke dewan kuliah.
Sesampai di dewan kuliah, semua mata yang berada di dewan itu memandang kami dengan senyuman. Aku dan Syam saling bertukar pandangan kehairanan dengan situasi itu. Tiba-tiba satu suara memecahkan kesunyian dewan kuliah itu “ Wah Syam, tak belanja aku makan pun selama kita berkawan.” Aku dan Syam saling berpandangan dan hampir sahaja terukir senyuman antara kami berdua tapi masih boleh dikawal lagi. Dengan slumber Syam menjawab, kan duit PTPTN da lebih so, boleh la belanja, kenapa? korang nak aku belanja ke? Nabil yang bertanya tadi senyum tanda setuju. Bila lagi Syam nak belanja and nak makan free.
*************************************************************************

please help me...

do correction on my sentences....
i know, a lot of mistake here....
please help me....

1) 虽然

虽然 我的妹妹 头痛,她 去 班 级病。


2) 可是

去年的考试我已经搞最好可是,我的成绩还不满。


3) 以后

以后,我即将努力于我的念书。

4) 所以

他老不去班级,由于他不爱班及,所以他落空
于他的考试。

5) 只

只我收获满分与我的班级。

6) 如果, 当

我最不爱如果我的朋友搅乱当我即将念书。

7) 永远

我记得我的朋友永远。

8) 无论如何

我很爱他无论如何,他很不知道。

9) 从来, 只

从来我只存秘密我的感情于他。

10) 从…去, 虽然

从南极去北极,他没有看病虽然他有慢性病。