Pages

Friday, August 28, 2009

Bahasa Ketiga, Wajar

Oleh Filzah Nawar

Di era globalisasi ini, adalah wajar bagi mahasiswa atau graduan mempunyai pengetahuan dalam berbahasa bukan sahaja dari segi penulisan malah dalam berkomunikasi juga perlu. Tidak kira bahasa itu adalah bahasa asing bagi individu itu untuk menuturkannya malah bila dipelajari ianya adalah menyeronokkan sekaligus menambah ilmu selain daripada subjek-subjek yang dipelajari pada setiap semester.
Tambahan pula, mempunyai banyak bahasa tidaklah merugikan bagi setiap individu kerana apabila melangkah ke dunia pekerjaan, banyak premis yang mensyaratkan bahawa mempunyai bahasa selain bahasa Inggeris dan Malaysia juga dititikberatkan. Maka di sinilah peluang individu yang mempunyai multi bahasa adalah cerah berbanding individu lain yang hanya mempunyai kepakaran dalam dua bahasa sahaja.
Menurut Patma Muri, 21, pelajar Tahun Dua Fakulti Quran dan Sunnah adalah wajar bahasa ketiga ini dipeljari kerana ianya akan memudahkan untuk berkomunikasi. Contohnya di suatu tempat yang mempunyai ramai kunjungan pelancong asing, pada masa yang sama pelancong itu tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia, maka beliau boleh berkomunikasi dengan individu yang mahir dalam menterjemah bahasa tersebut.
Mahamad Fadzil Maszuki, 22, pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata “bahasa ketiga ini adalah wajar kerana ianya memberi lebih peluang daripada individu yang lain. Saya seronok mempelajari bahasa asing ini kerana saya boleh menambah ilmu saya”.
Dalam kesibukan mengatur jadual dan menghadiri kuliah, timbul satu persoalan yang perlu mendapatkan jawapan daripada pihak yang terlibat. Isu bahasa ketiga selain bahasa Arab dan Inggeris diwajibkan di universiti ini, pernah dipersoalkan apabila tamat peringkat yang ketiga, para pelajar mula melupakan apa-apa yang telah dipelajari semasa berada di peringkat pertama,kedua dan ketiga.
Jika diingat kembali banyak istilah, frasa dan perkataan yang telah dipelajari tetapi memandangkan kesibukan dan jumlah kredit yang banyak, tanpa disedari frasa dan perkataan itu mula dilupai.
Menurut Ryn, 24, beliau telah banyak lupa perkataan bahasa Mandarin yang telah dipelajarinya kerana kesibukkannya walaupun telah mempelajarinya ketiga-tiga peringkat.
Malah, bahasa ketiga ini merupakan beban kepada individu yang merasakan ianya terpaksa diambil untuk memenuhi jam kredit pada semester tersebut.

as a journalist student...

Keprihatinan Siswi USIM
Oleh : Filzah Nawar
NILAI – Seekor ibu kucing cemas apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam longkang berhampiran dengan Foyer Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan kira-kira jam 5.50 petang , Isnin lalu.
Situasi ini mendapat perhatian daripada dua orang siswi yang kebetulan melalui laluan itu. tanpa berlengah, mereka secara spontan cuba menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang yang berkeadaan air yang semakin naik akibat hujan.
Menurut saksi kejadian, Nur Sabila Mohamed Ali, 23, pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, “saya berasa cemas dan berdebar disebabkan saya tidak boleh melihat kejadian sebegitu. Walau apapun yang terjadi, saya tetap menolong ibu kucing tersebut untuk mendapatkan anaknya.
Bukan sahaja manusia yang memerlukan bantuan, malah binatang juga memerlukannya walaupun binatang tidak boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Percubaan pertama dan kedua ibu kucing untuk menyelamatkan anaknya itu tidak mendatangkan hasil sehingga ibu kucing itu berputus asa.
“Jika dilihat keadaan tersebut, saya turut simpati dan kasihan terhadap ibu kucing itu kerana telah berapa kali mencubanya tetapi tidak berhasil lalu saya bersama Nur Sabila berusaha sedaya upaya mengambil keluar anak kucing itu. Kucing juga berhak untuk hidup,” kata Siti Khuzaimah Kamar, 23, pelajar Tahun 3 FPBU juga saksi kejadian.#end#

Monday, August 10, 2009

love for whom?

if we talk about LOVE, anybody can give thier opinion even in right way or instead.
some people said that Love is Everything and we must have it....
actually, who know's that for whom that LOVE? in my opinion, LOVE for ALLAH...it's important because that is the most important point to love someone after our Prophet(p.b.u.h), our Mom and Dad then our family, and ourself...

Thursday, August 6, 2009

sedih....

bila aku mengetahui hal sebenarnya, dan tempatku lah dia mengadu, aku jadi sedih, sering kali dia sedih mengingatkan orang tersebut....nak tegur orang tu, tp mana aku ada kudrat nak wat semua tu?aku bukan lah orang yang banyak pengalaman tentang itu...aku hanya pendengar setia seperti yang dia sedia maklum...kearana sebelum ni, dia yang menjaga aku, dia yang guide aku supaya berhenti untuk itu, biarlah kita hidup dengan diri kita, kerana ALLAH sentiasa bersama-sama umatnya...biar la kita hidup tanpa orang itu, jika orang itu hanya tahu mempermainkan dan memperbodohkan kita..sedang kita baik dan setia menunggu orang itu, orang itu suka hati nak berbuat apa-apa pun sedangkan orang itu tahu bahawa dia tidak suka orang itu berbuat demikian....bila dia mengetahui, dia sering sedih dan sering menitiskan air matanya...sedih bila orang itu berbuat demikian pada dia kerana dia lah tempat aku share semua masalah aku bila aku melangkah ke alam universiti yang banyak cabaran ini....dia lah yang banyak mengajar n menasihatkan aku supaya aku tidak meneruskan hbgn itu apabila dia melihat aku sentiasa sedih dan tiada senyuman hadir di hari-hari yang ku lalui...
i hope that person will recognize what is his/her fault and will not do the same thing to the other people that will life together soon....
and i hope and i wish to dia, dont think anymore and ignore that person, that make u sad always...i'm at your back to support u what u did or what will u do soon.....

Saturday, August 1, 2009

Di Hari Konvo

01082009 adalah hari yang bermakna bagi graduan2 yang telah berjaya menamatkan study mereka d sebuah IPTA d Malaysia....TAHNIAH pada graduan2 ku.....
bila aku masuk dewan konvo tu, aku rasa sebak bila teringatkan ada seniorku yang family dia x dpt dtg dgn sebab2 yang tertentu...n da sorg lagi senior aku baru kehilangan ibunya....then aku sebak bila aku teringatkan diriku yang selalu ambil ringan ngan result aku....aku men2 ja...n lagi satu muet aku x lepas lg untuk grade..tu yg menjadi lg sebak bila aku terkenangkan semua tu...n tanpa disedari air mataku dapat ku kawal dari menitis ke pipi....