Pages

Monday, June 22, 2009

PERTEMUAN YANG TIDAK DIDUGA…

Hari ni Ally ngan Fildz nak p kenduri kawin. Ally hanya menemankan Fildz p kenduri kawin tu. Dr kolej lagi Fildz gtau Ally yang dorang akan turun kat satu stesen, tp Ally endah tak endah je bila Fildz gtau Ally. Sampai je kat stesen tu, Ally just follow Fildz…mungkin kawan kepada Fildz, Fandy dah lama menunggu kehadiran Ally dan Fildz kat stesen tu…
Ally n Fildz menuju ke kereta Fandy apabila Fildz menyedari Fandy berdiri di tepi keretanya sambil melihat mereka berdua. Then, Fildz n Fandy pun bersapa la, coz dorang ni kawan lama sebelum Fildz menyambung pelajarannya di sebuah kolej di kota metropolitan. Ally hanya mendiamkan dirinya disebabkan Ally tidak tahu apa nak dibualkan, maklum je la pertama kali jumpa, so tak nampak taring lagi Ally time tu..Diam seribu bahasa…
Fandy memulakan perjalanan nak menuju ke rumah kawan mereka, Fasha yang mana Fasha akan membina masjid pada hari tersebut. Sepanjang perjalanan tu, Ally hanya mendiamkan diri, naik boring gak dalam kereta tanpa kawan yang boleh bawa bercerita. So, Ally mengeluarkan Sony Ericssonya dan menghantar mesej kepada kawannya. Hilang juga boring Ally daripada diam membatu dalam kereta tu apabila menyedari ada SMS masuk di hpnya. Ally kini berada jauh dari realitinya disebabkan asyik berbalas SMS. Sehingga Fildz tegur pun tak disedarinya, betapa khusyuk dan tawaddu’ Ally melayan SMS tersebut. Ntah apa yang dibualkan Ally pada masa itu dan dengan siapakah dia berSMS. Hanya Ally yang boleh menjawab soalan tersebut.
Sesampai di rumah Fasha, Ally hanya memerhati telatah Fildz dan Fandy. Kadang-kadang sikap mereka berdua tak tumpah macam budak-budak yang masih sekolah. Tersenyum sendiri Ally melihat telatah hanya berdiam diri seharian. Klu kat kampus or kat kuliah, Ally lah yang paling bising, mengalahkan DJ-DJ radio yang ada di Malaysia ni. Ally ni sebenarnya tak senang kalau tak de kawan nak bercerita, moodnya akan berubah-ubah bila dia tinggal seorang diri kat kolej tu. Fildz nak tergelak melihat telatah Ally yang keboringan tu. Sebelum Ally, Fildz n Fandy nak meninggalkan kenduri tu, mereka bertemu ngan Fasha. Ally kembali ke alamnya apabila mereka bertiga asyik bercerita tentang mereka. Ally membuang boringnya dengan memerhati persekitaran yang cantik dan mengasyikkan. Tanpa disedari Fildz n Fandy dah menuju ke kereta dan Ally ditinggalkan di kawasan tu tanpa seorang pun dikenalinya. Apabila menyedari yang dirinya diperhati oleh beberapa pasang anak mata, dia baru perasan Fildz n Fandy telah sampai di parkir kereta Fandy. Mereka berdua hanya melihat telatah Ally yang kelam kabut apabila ramai pengunjung yang memerhatinya, lagi plak apabila Fildz n Fandy mentertawakannya apabila dia kelam kabut mendapatkan mereka berdua.
Sesampai di parkir kereta Fandy, Fildz n Fandy plak mengejek Ally sehinggakan Ally nak mengeluarkan air mata disebabkan terlampau malu dengan orang ramaiyang memerhatinya. Fikiran Ally jadi kelam kabut dan tanpa disedarinya Ally try membuka pintu kereta Fandy tapi dia hairan kenapa pintu kereta itu tak boleh nak buka. Air mata Ally yang berada di kelopak matanya itu bila-bila masa sahaja akan menitis kalau dia tidak boleh mengawal situasi tersebut. Ally malu sekali lagi apabila dia menyedari kereta itu masih berkunci dan pemiliknya hanya memerhati telatah Ally. Terdetik rasa kasihan kepada Ally, Fildz terus menepuk bahu Ally bahawa dia telah diperhati dalam tempoh yang lama.nasib menyebelahi Ally apabila air mata Ally berjaya dikawalnya daripada tumpah di hadapan Fandy yang baru dikenalinya. Ally tidak menyangka yang perkara sebegitu telah berlaku pada dirinya, setahunya di kampus dia selalu membuli kawan-kawannya tapi tidaklah seteruk kes buli yang kita ketahui sebelum ni di dada-dada akhbar dan berita, sekadar hiburan di kelas untuk menghilangkan tekanan apabila berjam-jam menghadap lecturer yang sama. Malu sangat Ally sepanjang hari ini. Tak tahu nak letak mana muka yang setebal 15 inci dengan perbuatan yang telah berlaku pada dirinya.

Hari berganti hari, Ally n Fandy pun berbalas-balas SMS. Ramai pelajar yang kenal Ally dengan sikapnya yang friendly, sehari duk kat kampus klu tak bertambah kenalan, itu bukanlah Ally. Ally suka berkawan dan menambah kawan, tapi Ally silap kali ini. Apabila Fandy memberitahu Ally bahawa dia nak berkawan dan nak kenal lebih rapat ngan Ally. Bukan senang menjadi anak di perantauan untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan orang yang jauh dari kampung halaman, lagi plak Fandy baru sahaja dikenalinya tidak sampai sebulan. Untuk menyelamatkan keadaan, Ally mengambil keputusan untuk memberitahu maknya yang berada jauh dari matanya. Ally bukanlah tidak ada pengalaman dalam bercouple, tapi kali ini ianya serius. Ally masih bergelar penuntut dan dia masih muda untuk melangkah ke dunia tersebut. Ally sebenarnya tidak boleh terlalu berfikir tentang satu hal yang agak rumit, yang menyentuh hati dan perasaannya. Apabila dia duduk bersendirian dia akan berfikir dan fikir tentang hal tersebut. Sehinggakan dia tidak boleh mengawal dirinya, dia menitiskan air matanya. Kalau Ally stress dia tidak akan melakukan perkara lain selain menitiskan air matanya. Hanya cara itu dia boleh menenangkan dirinya dari masalah tersebut. Yang peliknya apabila selesai adegan itu, tidak seorang pun perasan yang Ally telah menangis.
Ally menelefon maknya di kampung dengan berita itu. Ally seakan-akan boleh membaca fikiran maknya bahawa maknya tidak membenarkan mereka menjalinkan hubungan itu. Tambahan pula, Ally masih muda dan masih bergelar penuntut di sebuah ipt di kota metropolitan itu. Setelah menamatkan perbualan dengan maknya, telepon Ally berbunyi dan nama Fandy tertera di skrin telefon. Dengan hati yang serba salah nak menjawab, dia menggagahkan dirinya untuk menjawab. Ntah dari mana kekuatan itu datang untuk menjawab panggilan tersebut.
Ally memberitahu semuanya apa yang dibualkan dengan maknya. Kedengaran suara yang begitu hampa dan kecewa di hujung telinga Ally. Ally meminta maaf kerana dia tidak boleh menjalinkan hubungan tersebut kerana maknya tidak membenarkan, maka ianya tidak direstui oleh maknya. Talian tersebut diam buat seketika waktu. Setelah Ally meminta maaf, Ally terus memutuskan talian. Ally tidak berdaya untuk memujuk Fandy yang hilang kata, maka dia membuat keputusan untuk memutuskan talian tersebut.

Keputusan Ally memutuskan talian tersebut tidak mengakhiri ukhwah mereka malah semakin rapat. Fandy selalu menasihatkan Ally untuk memujuk maknya supaya difikirkan semula. Tapi, Ally tidak ada keberanian dan keyakinan untuk melakukannya. Sehingga satu hari yang tidak disangka-sangka Ally menerima mesej daripada kawannya, Pretty dan bertanyakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ally daripada pengetahuannya.
Bermula saat itu, Ally menyedari banyak halangan yang timbul apabila jalinan antara Ally dan Fandy diteruskan juga. Akhirnya Ally mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan mula menjauhkan dirinya daripada Fandy. Alhamdulillah, dengan menumpukan segala perhatian dalam kuliahnya dan pelajarannya, Ally tidak lagi tertekan dalam hal tersebut. Ally tidak menyesal mengambil keputusan sebegitu kerana ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku atas dirinya. Kini, Ally meneruskan visi dan misinya semasa dia masih berada di ipt tersebut untuk menuntut ilmu sebanyak mana yang mungkin dan akan menabur bakti pada orang lain yang memerlukan dan demi agama dan negara yang dicintainya.
*************************************TAMAT******************************************

No comments: