Pages

Saturday, June 20, 2009

memori cinta luka...

Memori Cinta Luka
Dalam keheningan malam yang dingin, sedang asyik Emi mendengar lagu Gantung nyanyian Melly Goeslow artis yang berasal dari Indonesia , Emi mengingat kembali kenangan terindah bersama kawan-kawan sekuliahnya. Secara tidak langsung Emi teringat pada memori silam yang amat bermakna buat dirinya sepanjang dia mengenali Syam. Syam seorang lelaki yang diidamkan oleh setiap perempuan di muka bumi ini. Syam seorang yang baik hati, peramah, pemurah dengan senyuman, dan mempunyai paras rupa yang bisa membuatkan perempuan yang berselisih dengannya tidak berkelip sehingga hilang dari pandangan. Syam juga teman sekuliah Emi di salah sebuah institusi pengajian tinggi dekat ibu kota.
*************************************************************************************
Sebelum kuliah pertama bermula, semestinya sesi suai kenal antara satu sama lain menjadi pembuka kata. Bak kata pepatah Melayu “tak kenal, maka tak cinta”. Pelbagai ragam yang dipertontonkan oleh para pelajar, ada yang berwajah gembira, sedih, risau dan takut. Maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke dunia universiti. Ada yang pertama kali berpisah dengan keluarga yang tersayang dan ada yang sudah boleh berdikari sendiri kerana didikan dari sekolah lama mereka sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.
Hari demi hari dewan kuliah yang sunyi itu berubah warna apabila para pelajar sudah boleh berinteraksi antara satu sama lain walaupun mereka berasal dari negeri yang berbeza. Ia bukanlah satu halangan untuk mempereratkan lagi silaturrahim antara mereka.
Tanpa mereka sedari, dalam tempoh sebulan perkuliahan dan perkenalan, hubungan mereka terjalin seperti sebuah keluarga. Mereka belajar dengan tenang dan berwajah gembira dengan kehadiran rakan seperjuangan yang saling membantu antara satu dengan yang lain. Bertambah ceria dewan kuliah dari hari ke hari kerana terdapat pelajar yang mempunyai bakat dalam bidang jenaka. Ada yang ketawa sehingga mengeluarkan airmata dengan lawak yang dilakukan secara spontan oleh rakan mereka.
*************************************************************************************
Dalam tempoh perkenalan yang singkat Emi merasakan persahabatannya dengan Syam agak rapat, seperti lagu yang berasal dari negara jiran iaitu Teman Tapi Mesra nyanyian Ratu. Rakan sekuliah mereka dapat menghidu keadaan ini tetapi apabila mereka bertanya kepada Emi, Emi akan menjawab “kami hanya kawan tak lebih dari itu”. Dan itulah hakikat sebenarnya antara Emi dan Syam.
Rakan yang lain sering terserempak dengan Emi dan Syam bersama. Di mana Emi berada, di situlah adanya Syam. Seperti isi dan kuku persahabatan mereka ini. Apabila Emi tidak faham tentang subjek yang diajar dalam dewan kuliah , Emi akan bertanya kepada Syam kerana Syam adalah antara pelajar yang bijak di dalam dewan kuliah tersebut. Syam akan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan akan memberikan jalan penyelesaian dan jawapan yang terbaik untuk menjawab soalan yang diajukan oleh rakan sekuliahnya.
Sebulan sebelum peperiksaan akhir semester ini, Emi terlalu sibuk dengan persediaan bekalan untuk peperiksaan. Syam juga berkeadaan seperti Emi. Kedua-duanya hendak mendapatkan keputusan yang terbaik untuk semester kali ini. Kebiasaannya, Emi dan Syam saling berbalas pesanan ringkas(sms) selepas habis kuliah setiap hari. Tidak ada perasaan jemu antara mereka berdua untuk berbalas sms. Tetapi, untuk peperiksaan ini mereka harus memfokuskan pada perkara yang paling penting semasa berada di universiti ini.
Sebelum kertas peperiksaan yang terakhir, Emi menerima sms dari Syah, kawan kepada Syam. Dia memberitahu keadaan Syam pada waktu itu yang Syam tidak boleh menumpukan perhatiannya untuk mengulangkaji. Syah menasihatkan Emi supaya memberikan semangat dan motivasi kepada Syam. Emi terlalu hairan kerana kenapa dirinya terlibat dalam keadaan situasi ini sedangkan Emi belum terlalu banyak belajar untuk kertas peperiksaan yang akan diduduki pada esok hari. Emi tidak boleh mengawal emosinya sehingga dia menitiskan air mata.
Emi tidak faham langsung dengan situasi yang baru sahaja dia terima. Emi memberitahu situasi tersebut kepada kawan serumahnya, Nur. Emi bertanya kepada Nur “Nur, kenapa Emi terlibat sama dengan situasi ini? Emi tak habis ulangkaji lagi.” Nur menasihatkan Emi untuk menenangkan diri. Dalam masa yang sama Emi menghantar mesej kepada Adam, kawan senegeri Emi. Dalam mesej itu Emi memberitahu Adam tentang situasi yang dialaminya. Secara tidak disangka-sangka telefon bimbit Emi berdering menandakan ada panggilan masuk dan apabila dilihat di skrin telefonnya nama Adam tertulis tetapi Emi tidak menjawab panggilan tersebut kerana Emi masih menitiskan air matanya. Emi tidak faham kenapa dirinya terlibat sama sedangkan ramai lagi kawan-kawan sekuliahnya yang boleh membantu Syam dalam hal tersebut. Banyak nasihat Nur berikan pada Emi, dan Emi boleh menerima nasihat Nur tersebut dan keadaan telah berubah seperti kehidupan sehariannya.
Di hari terakhir peperiksaan mereka, Emi sempat mengerling Syam dan Emi berasa sangat sakit hati dengan perbuatan Syam dan Syah yang melibatkan dirinya dengan situasi tersebut. Hendak saja Emi marah terhadap Syam kerana Syam berwajah slumber. Emi terfikir seperti dia ditertawakan oleh Syam dan Syah. Emi hanya membiarkan situasi itu, dia berfikiran mesti Syam akan sms Emi untuk menerangkan hal sebenar. Hari yang ditunggu tidak juga tiba sehinggakan Emi menhantar pesanan ringkas kepada Syam dan mengataka “Syam, kenapa Syah mesej Emi disaat kertas peperiksaan akhir, dan pada masa itu Emi tak banyak study lagi.” Tidak lama selepas itu, Syam membalas pesanan ringkas tersebut “Syam tak tahu kenapa Syah mesej Emi pada masa itu. Buat pengetahuan Emi malam itu Syam tak boleh nak tumpu study sebab dah lama Emi tak mesej Syam. Selama ni Emi rajin mesej Syam tapi bila minggu peperiksaan sedang berjalan, Emi tak peduli Syam walau sesaat pun. Terasa jalinan persahabatan kita ini terputus ditengah jalan. Apakah Syam telah salah dan silap dalam menuturkan kata-kata Syam tehadap Emi selama ini?”
Emi bertambah hairan dengan situasi tersebut, tambahan pula Emi adalah seorang gadis kampung. Untuk memahamkan kebingungan yang bersarang di fikiran Emi, Emi berjumpa Nur untuk menerangkan segala. Setelah Nur menjelaskannya, barulah Emi faham kenapa dua jejaka tersebut menghantar mesej sebegitu rupa kepadanya. Setelah faham, Emi terus mencapai telefon bimbit Nokia 3310 untuk membalas mesej yang diterima dari Syam. “Syam, Emi minta maaf andai mesej kali ini akan membuatkan Syam ingin menjauhkan diri daripada Emi, tapi Emi mesti berterus-terang kepada Syam. Seperti orang lain, tujuan utama kita menjejakkan kaki ke universiti adalah belajar dan menumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Emi harap kita masih seperti dulu, seperti hari-hari yang telah berlalu. Kita masih boleh bertukar-tukar pendapat dan Syam boleh tunjuk ajar Emi dalam subjek yang Emi tak faham. Boleh kan?” Mesej yang dihantar tidak berbalas.
Emi mulai risau dengan apa yang telah ditulisnya dalam mesej pada hari itu. Syam tidak menghubungi langsung Emi sejak dari hari itu. Semasa di dewan kuliah, kawan sekuliah berasa hairan dengan kelakuan mereka berdua yang dahulunya rapat bak isi dan kuku tetapi hari ini kami seperti tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Tiba-tiba Fiza, teman rapat Emi di dewan kuliah itu bertanya kepada Emi, “Emi boleh aku tanya satu perkara?” Emi hanya mengangguk tanda setuju. “Aku tengok kau dan Syam dah tak seperti dulu, what happened? Have anyone say something that makes both of you couldn’t talk like before?” Panjang dan detail sangat pertanyaan Fiza kepada Emi. Emi berfikir sejenak untuk menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Syam sebenarnya.
“Fiza, kau kan tahu yang kita kat sini punya matlamat yang jelas iaitu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. Takde orang pun yang terlibat dalam hal aku nie. Cuma aku tak nak orang beranggapan yang aku dan Syam adalah pasangan kekasih. Kami hanya kawan sekuliah dan kawan yang boleh berkongsi ilmu.” Keterangan yang dikeluarkan dari bibir Emi menyukarkan Fiza untuk memahami apa yang telah Emi katakan sebentar tadi. “Aku tak fahamlah Emi, boleh tak kau terangkan aku dengan mudah?” Emi pun mencerita kepada Fiza, dan Emi harap Fiza faham pada kali ini. “Fiza, sebelum paper last exam hari tu, Syah ada sms aku dan meminta aku bagi nasihat dan motivasi kepada Syam kerana pada masa itu Syam tak leh nak focus pada studynya. Aku jadi hairan sebab ramai lagi kawan-kawan yang lebih baik dari aku dan lebih layak untuk memberikan nasihat pada Syam. Kenapa aku juga yang dicari?” Fiza sangat faham apa yang sebenarnya yang telah berlaku. Sebagai seorang teman rapat, dia telah memberikan nasihat kepada Emi. Kata-kata Emi itu mempunyai kesahihan yang tidak boleh dihalang lagi.
Selesainya semester kedua, Emi dan Syam kembali seperti dahulu. Mereka saling berkongsi ilmu dan saling bertukar pendapat. Selepas habis kuliah di kampus, mereka saling bersms. Hanya mereka sahaja yang tahu tahap persahabatan mereka. Kawan sekuliah tidak tahu tentang mereka yang telah kembali seperti dahulu. Jika Emi mengalami masalah, dia akan mengadu kepada Syam dan Syam bersungguh-sungguh memberi sokongan kepadanya. Apabila Emi berasa tidak senang dengan kehadiran kawan-kawan sekuliah yang suka menyakat mereka berdua, dia akan mengadu kepada Syam. Syam juga adalah pendengar yang setia dan layak digelar sebagai penasihat.
Semakin hari semakin rapat hubungan mereka, dan pada masa yang sama Emi merasakan terdapat kelainan antara persahabatan mereka. Jika Emi tidak bersms dengan Syam, dia merasakan hari-harinya tidak seperti hari-hari yang lain. Dia merasakan satu kehilangan yang telah melanda dirinya. Syam mulai gembira dengan kehadiran Emi buat kali kedua selepas Emi berterus terang terhadapnya sebelum ini. ketika Emi menghantar sms itu, selama itulah Syam kehilangan seyumannya yang manis, dan saling bad mood di dewan kuliah mahupun apabila berselisihan di kampus.
Hubungan yang mereka rahsiakan dari kawan-kawan sekuliahnya telah terbongkar apabila Mieyza terserempak Emi dan Syam keluar makan di sebuah restoran. Pada ketika itu, Emi dan Syam tidak menyedari kehadirannya yang memungkinkan keadaan mereka akan menjadi kontroversi di dewan kuliahnya pada keesokkan harinya.
Apabila bas berhenti, Emi pun turun dari bas tersebut dan pada masa yang sama kebetulan Syam pun baru sahaja sampai dari kolej. Hendak sahaja Emi menegur Syam, tetapi mungkin perbuatannya untuk berbuat demikian akan memalukannya di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Emi hanya meneruskan perjalannya tanpa mempedulikan orang sekeliling. Tiba-tiba langkah Emi terhenti apabila suara yang amat kukenali itu memanggil namaku. Aku mencari dari arah mana suara itu. tanpa tidak disangka, Syam telah berada tepat di hadapan mataku. Nasib baik ada buku yang aku bawa ditangan, kalau tidak, hendak saja bertemu muka aku dan Syam. Emi berkata dalam hati “Apa yang Syam buat pada aku hari ni? Kenapa dia berbuat demikian?” Nasib baik para pelajar yang lain tidak sibuk di laluan tersebut, maka selamatlah mereka. Aku sempat megerling Syam sebelum aku meneruskan langkahku, Syam tersenyum apabila aku menjadi kalut bila berhadapan dengannya. Syam juga meneruskan langkahnya untuk sampai ke dewan kuliah.
Sesampai di dewan kuliah, semua mata yang berada di dewan itu memandang kami dengan senyuman. Aku dan Syam saling bertukar pandangan kehairanan dengan situasi itu. Tiba-tiba satu suara memecahkan kesunyian dewan kuliah itu “ Wah Syam, tak belanja aku makan pun selama kita berkawan.” Aku dan Syam saling berpandangan dan hampir sahaja terukir senyuman antara kami berdua tapi masih boleh dikawal lagi. Dengan slumber Syam menjawab, kan duit PTPTN da lebih so, boleh la belanja, kenapa? korang nak aku belanja ke? Nabil yang bertanya tadi senyum tanda setuju. Bila lagi Syam nak belanja and nak makan free.
*************************************************************************

No comments: