Pages

Monday, November 16, 2009

04112009....

041109….
Hari ni genap lah 2 bulan pemergian atuk Hj Tahir bin Jaafar…sedih sgt bila teringat saat-saat arwah menghembuskan nafas yang terakhir..ditambah pula aku di tepi arwah tersebut…sebak sangat tapi aku redha ngan kehendak-Nya..betul sangat kak jimah gtau aku, kita sayang dia tapi ALLAH lagi sayang arwah tersebut…so, aku kena redha semua ini…
Bila diingat kembali detik-detik arwah masih bersama keluarga, teringat cara arwah melayan anak-anak dan cucunya yang banyak kerenah yang pelbagai….
Terasa sedih apabila tiba di hospital dengan melihat keadaan arwah sebegitu rupa, aku tidak mampu untuk menahan dariada ianya jatuh ke bumi… pada masa itu ada anak-anaknya yang setia menjaga arwah dan kami yang belajar di bumi orang lain juga balik untuk melihat dan menjaga arwah jika itu adalah saat-saat terakhir arwah hidup di muka bumi ini…
Dengan saiz aku yang sebegini apa kudratku, hanya bacaan Yaasin yang tidak putus-putus dari bacaanku diikiuti sepupuku dan adikku juga…sedih sangat bila melihat keadaan tersebut…yang lain beranggapan yang arwah akan bertahan sehingga raya tahun ni 20 sept 2009, tapi itu semuanya kehendak-Nya…tapi aku macam terasa yang ada sesuatu yang akan berlaku…dan ianya benar belaka…bahawa arwah semasa itu terlantar di atas katil hospital, dan dengan bermonolog dalaman aku berdoa, bahawa jika begini dugaan arwah untuk meneruskan hidupnya, aku redha ALLAH mengambilnya kerana aku tidak sanggup melihat keadaan arwah pada masa itu…..sedih dan mengalir lagi air mata ku…semua yang ada di sana mengalirkan air mata…
Doktor yang merawat arwah selama ini memberitahu bahawa sebaiknya bawa balik arwah tersebut kerana mereka tidak boleh berbuat apa…kami akur dan membawa arwah pulang..bertambah sedih bila tiada kemudahan kereta ambulans untuk menghantar pesakit balik kerumah…hampa sangat dengan fasiliti sebegitu…
Alhamdulillah Sampai sahaja di rumah, arwah masih berkeadaan sebegitu dan terus diletak di ruang tamu…ada yang datang menziarahi…dan bacaan Yaasin juga tidak lekang dari sesiapa yang datang berkunjung…sampai di rumah pada masa itu masih bulan Ramadhan Al-Mubarak. Setibanya adik aku Mirza dari sekolah agama, dia meluru untuk mendapatkan arwah tersebut kerana dia rapat sangat dengan arwah tersebut. Sekembalinya dari sekolah agama, nampak ceria sahaja, dan diingatnya sekembalinya arwah atuk ke rumah dengan sihat, tapi bila Mirza nampak arah terbaring di tilam di ruang tamu, dia yang hanya menahan air mata daripada jatuh tidak tertahan dan akhirnya dia menangis dan lari mendapatkan aku…aku berusaha menenangkan dia… dia sedih sangat dan kehadiran kami yang belajar di bumi orang ini tiada sambutan yang selalu bila kami balik untuk cuti semester atau cuti raya…
Malam silih berganti, aku menjaga arwah gak, selepas itu, ada sepupu yang lain menjaga juga..kami bersilih ganti untuk menjaga arwah,…badan yang penat dari atas kapal terbang tidak lagi terpeduli kerana ingatan ingin menjaga arwah buat kali terakhir…tetapi apabila jam hampir 11 malam, aku terlena sebentar sehingga aku dikejutkan oleh adik sepupuku…
Masa inilah waktu genting yang mana aku menyaksikan arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Pada mulanya aku pegang tangan arwah, sejuk sangat tapi aku berfikiran bahawa arwah kesejukan kerana kipas dihala kepada arwah. Tapi aku tidak merasakan arwah kesejukan tapi mungkin itu sisa-sisa terakhir arwah…maka semua ahli keluarga bangun dari tidur dan berkumpul di ruang tamu dan terus membacakan bacaan Yaasin kepada arwah… saat aku berada di tepi arwah sebelum nafas terakhirnya, arwah sempat membuka matanya dan melihat sekeliling dan aku terkejut apabila arwah membuka matanya. Tapi masa itu tangan arwah menjadi sejuk secara beransur-ansur… pada masa itu, mak cik dan ayah aku pula memanggil-manggil nama “bapa” tetapi apabila ayahku memulakan kalimah لا إله إلاالله محمد الرسول الله” mudah sangat arwah menuturkannya… dan setelah ayahku memanggil “bapa” tiada nafas dan nadi yang bergerak..dan bapa aku pun menggelengkan kepala dan mak cik aku yang di tepi menutup mata arwah tersebut… semasa arwah telah pergi meninggalkan kami semua, kami redha dan tangisan daripada semua ahli keluarga berkurang kerana pada awalnya lagi kami sudah bersedia untuk kemungkinan ini akan terjadi…kami menitiskan air mata hanya pada yang perlu…
Arwah atuk Hj Tahir bin Jaafar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 2-20 pagi 04 september 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430 H. Al-Fatihah….

2 comments:

Umar Zakir Abdul Hamid said...

al fatihah
salam ziarah

fieyza said...

syukran jazilan ya akh umar zakir abdul hamid....
barakallahu fik...